MERAWAT PENYAKIT CARA ISLAM


1. PENYAKIT ASMA ATAU LELAH – Cari daun kecubung dan bunganya, di tumbuk hingga halus kemudian dijemur sampai kering. Setelah kering di curahkan air hujan sedikit lalu di panggang. Setelah kering lagi dibuat campuran tembakau untuk merokok bagi penderita penyakit asma tersebut tiap-tiap hari sekali. Cara yang lain – Tangkap seekor keluang lalu sembelih. Setelah di kupas kulitnya cuci dagingnya yang bersih dengan air kapur agar tidak berbau, sesudah itu buatlah resepi menurut kesukaan. Ulang 3 hari berturut-turut dalam tempoh 3 bulan. InsyaAllah.

2. BISUL PADA LEHER – Penyakit yang bengkak pada kelenjar leher dapat di cegah dengan cara menghindarkan makanan yang lazat dan tidak meminum susu terlalu banyak dan tidak makan jenis makanan yang bergula. Penyakit ini dapat di ubati dengan perahan limau nipis, perahan kunyit dan madu murni. Minymlah sedikit demi sedikit sampai 2 atau 3 sudu makan. Selain itu usahakanlah mandi air hangat sambil membaca Bismillah 7 kali sampai mengeringat/peluh keluar. Ulangi beberapa kali. InsyaAllah.

3. AIR SUSU IBU BERLEBIHAN – Ambil segenggam bunga melati atau bunga mawar kemudian tumbuklah bunga tersebut hingga lembut kemudian taruhlah pada kapas, maka tempelkanlah pada payudara sebelum mandi. InsyaAllah.

4. MUDAH MELAHIRKAN ANAK – Pada waktu anda hamil 6 bulan, minumlah sesudu minyak kelapa seminggu 3 kali, dan apabila kandungan anda sudah berumur 9 bulan lakukanlah setiap hari. Dan jangan lupa berdoa dengan penuh keyakinan setiap hari dan setiap malam.InsyaAllah.

5. AIR SUSU SUPAYA LANCAR – Makan setiap hari kulup dari daun kecipir atau daun ketela yang berwarna merah, atau juga daun betik. InsyaAllah.

6. BUANG AIR BESAR DARAH – Pesakit harus banyak berihat, kemudian ambil beberapa lembar daun jambu yang muda, dan biji buah oisang(pisang yang banyak biji). Setelah mengupas kulitnya, parutlah pisang itu lalu campur dengan daun jambu yang muda dan tumbuk sampai halus, munim air perahan pisang berserta daun jambu tersebut. Ulangi beberapa kali. InsyaAllah.

7. PENYAKIT KURANG DARAH – Ambil 3 kerat lempuyang sebesar jari tangan, Gula jawa secukupnya, kunyit secukupnya, Caranya parut lempuyang dan kunyit tersebut lalu dibubuhi gula jawa da di perah. Kunyit dan lempuyang tersebut jangan di kelupas kulitnya. Kemudian redbutlah dengan air sebanyak 3 gelas, Apabila dicuba kurang manis, maka tambahlah gula jawa secukupnya. Biarkanlah sampai mendidih hingga airnya tinggal 1 gelas, setelah dingin minumlah sampai habis. Dan setiap hari harus membuat 1 gelas, minum apabila hendak tidur. Dan ulang beberapa kali dalam tempoh empat bulan. InsyAllah.

8. MABUK KENDERAAN. – Sebelum naik minumlah dulu madu yang murni di campur dengan garam sedikit, dengan cara minum 3 sudu madu yang dibubuhi sedikit garam tadi. InsyaAllah.

9. TERKENA AIR PANAS. – Sapulah segera dengan ubat tapal gigi, maka bahagian yang terkena panas tersebut tidak akan mengembang dan tidak terasa panas lagi . InsyaAllah.

10. LUKA MEMAR(luka membiru). – Luka seperti kena pukul, kena benda yangg keras, tersepit pintu, jatuh. maka caranya ambil sebuah gosokan kayu cendana atau kayu cendana, bawang merah dan putih secukupnya, daun jambu muda 3 lembar, di tumbik halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu, tersebut dan campurkan dengan gosokan kayu cendana bersama ir, tunggu apabila sudah berubah warna kecoklat-coklatan, ambil kapuk kapas celupkan pada air tersebt dan balutkan pada yang luka. InsyaAllah.

11. SAMAK GIGITAN ATAU JILATAN ANJING – Anjing adalah satu binatang digolongkan buas, dalam ajaran Islam barangsiapa yang digigit anjing pasti terkena najis, Adapun cara menyucinya ialah; dibasuh sampai tujuh kali termasuk satu air yang bercampur dengan tanah yang suci. Sekiranya luka gigitan tersebut parah cara mengubatnya ialah; ambil buah atau biji yang nama permukaannya memakai huruf B, M T dan A, contoh Bawang putih, bawang merah, melinjo atau daunnya temu lawak daunnya atau tunggaknya. Semuanya itu di tumbuk halus dan dibubuhi dengan minyak pirtus, lalu balutkan pada yang luka. InsyaAllah afiat.

12. LEMAH ALAT KELAMIN – Ambil buah delima yang kecut perah dan ambil airnya kira-kira 100% kemudian gula 50% jadikan di atas api hingga mengental seperti madu, setelah dingin baru di makan. InsyaAllah.

13. BENGKAK-BENGKAK MERAH DI BADAN – Ambil sepotong kunyit kemudian parut kunyit tersebut lalu bubuh kapur sirih dan air. Kemudian panaskanlah ramuan itu di atas api, setelah dingin sapukan pada bahagian yang bengkak-bengkak. InsyaAllah.

14. BISUL – Ambil tangkai daun sirih dan tumbuk perlahan-lahan lalu celupkan pada minyak kelapa, kemudian bakar tangkai daun sirih tadi sehingga panas untuk di tempelkan pada bahagian yang bisul. Seterusnya sapukan tangkai daun sirih yang telah di bakar pada bahagian yang membengkak, dengan membubuh kapur sirih sedikit pada bahagian yang luka beberapa kali. InsyaAllah.

15. BENGKAK GUSI – Ambil 5 lembar daun jarak, 1 liter air biasa & di tambah 1 sudu air kapur. Rebus ramuan tersebut sampai mendidih , kemudian setelah dingin air rebusan dari ramuan itu di minum, dan dibuat berkumur-kumur. InsyaAllah.

16. BARAH – Ambil kapur secukupnya, daun sirih secukupnya, madu secukupnya. campur semua hingga sampai lumat, sesudah lumat oleskan pada yang sakit sehari 3 kali, InsyaAllah.

17. BATUK GATAL – Ambil 5 biji kencur, kemudian kuoas dan cuci hingga bersih, setelah itu kunyah dengan di campur garam sedikit, lakukan berulang-ulang kali . InsyaAllah.

18. TEKANAN DARAH TINGGI – Gunakan taring 3 taring bawang putih yang kecil sahaja, di tumbuk alau di sedu dengan air masak kemudian minum sesudah sarapan pagi selama seminggu berturut-turut. InsyaAllah.

19. TERKENA KACA – Ambil daun betik kemudian di tumbuk halus dan di bubuhi garam sedikit., tempelkan pada luka yang kena kaca lalu balut dengan kain yang bersih. InsyaAllah.

20. SAKIT GIGI – Ambil beberapa keping kulit pohon mangga, setelah di cuci masukan kedlama belanga dibubuhi air kira 2 gelas lalu rebus sampai mendidih, dan di perkirakan airnya tinggal 1 gelas, setelah panasnya menurun , pakailah berkumur-kumur sehari 3 kali, nsyaAllah.

21. GAGAP – Setiap hari Jumaat menjelang petang bawa pesakit(kanak-kanak) itu keluar rumah dengan berdoa kepada Allah SWT agar anak tersebut dihindarkan dari kegagapan, lalu disertai dengan pukulan-pukulan pada mulutnyadengan daun sirih. nsyaAllah, lakukan dengan sungguh-sungguh dan bertawakal kepada Allah SWT.

22. GATAL-GATAL KERANA GIGITAN SERANGGA – Ambil 2 buah kemiri dan sepotong kunyit sebesar jari kelingking. Pangganglah 2 bahan tersebut lalu tumbuklah sampai halus, kemudian sapukan keseluruhan bahagian yang gatal. Dengan cara dan khasiat dari ramuan tersebut maka keesokan harinya gatal-gatal itu akan hilang. Ulangi sehingga berjaya. InsyaAllah.

23. GIGI BERLUBANG YANG BERDENYUT – Ambil getah buah betik yang masih muda, masukan pada gigi yang berlubang dengan memakai kapas yang bersih secukupnya. Atau ambil 5 biji buah belimbing kemudian makan belimbing tersebut yang dicampur dengan garam sedikit. InsyaAllah.

24. HIDUNG KELUAR DARAH- Ambil buah delima yang rasanya kecut, pergunakan kulit dan isinya, kemudian masaklah bercampur dengan madu, sampai sungguh-sungguh menjadi minyak. Titiskan pada hidung yang kena penyakit tersebut. InsyAAllah.

25. JERAWAT – Ambil sebungkus kecil daun teh, kemudian seduhlah dengan air secukupnya yang benar-benar telah mendidih, lalu panaskan muka anda yang berjerawat itu dengan wap air seduhan teh tadi. Lakukan berulang-ulang. Atau ambil sebiji kentang , kupas dan potong tipis-tipis, lalu tempelkan potongan kentang itu ke seluruh muka dan biarkan hingga warna kentang itu menjadi keabu-abuan dan kering. InsyaAllah. Atau Pada malam hari menjelang tidur basuh wajah dengan air hangat, kemudian gosok dengan tamato yang sudah masak betul dan dibelah lebih dahulu, biaekan gosokan tomato itu menjadi kering dengan sendirinya, maka keesokan harinya tinggal membasuh kulit muka dengan air hangat dan bersihkan. Ulangi bebarapa kali. InsyaAllah.

26. KURAP ATAU PANAU – Ambil belirang secukupnya, ditumbuk halus, minyak kepala secukupnya, air limau nipis secukupnya, setelah itu campur dan lumatkan dengan sungguh-sungguh, lalu sapu pada penyakit kurap atau panau tersebut dan ulangi beberapa kali, InsyaAllah.

27. SAKIT MATA – Ubati dengan air rebusan daun sirih, dicampur sedikit garam. Cara membuatnya, ambil 3 helai daun sirih yang bertemu urat setelah dicuci, rebus dan campurkan garam sedikit. Setelah dingin tapis dengan kain putih yang bersih lalu cucilah mata dengan air sirih tersebut, dengan cara mengelip-ngelipkan kelopak mata di dalam air. Lakukan berulangkali. Telah di bukti kemujarabannya. InsyaAllah.

28. TERCUCUK PAKU BERKARAT – Ambil segera seulas bawang merah yang masih berdaun, kupas kulitnya, kemudian celupkan kedalam minyak kelapa, lalu panggang di atas perapian. Setelah bawang merah itu menjadi panas ( kira-kira kulit dapat menahan kepanasan ), tempelkan pada bahagian yang terluka berulang-ulang. Ulangi 2 kali sehari. InsyaAllah.

29. MEREDAKAN SAKIT JANTUNG – Ambil sebiji buah pala. Mula-mula parut pala itu, kemudian masukkan kedalam gelas dan bubuhi gula secukupnya, tuang air mendidih kedalam gelas itu, apabila airnya menjadi dingin, minumlah samoai habis, lakukan berulang ketika sakit. InsyaAllah.

30. MENCEGAH RABUN MATA – Mata rabun ada 2 macam, rabun dekat dan rabun jauh. Rabun dekat biasa dialami oleh orang yang berusia 40 tahun keatas. Tetapi rabun jauh menyerang segala umur. Dan biasanya rabun jauh adalah pembawaan sejak lahir. Untuk mengubati penyakit demikian, orang dapat menambah vitamin A di dalam dirinya dengan cara memakan lobak putih. Disamping itu harus pula banyak melihat pemandangan yang serba hijau di pagi hari, misalnya sawah-sawah, gunung-gunung dan lain sebagainya.

2 responses to “MERAWAT PENYAKIT CARA ISLAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s