KEAJAIBAN 19 DALAM AL-QURAN


Al-Quran, kitab yang diperturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W merupakan keajaiban Allah S.W.T yang terbesar dan terpenting untuk umat Islam. Walau kurun berganti kurun, zaman berganti zaman Al-Quran masih sesuai digunakan sebagai panduan dan rujukan untuk kehidupan semasa kerana. Isi kandungannya yang begitu lengkap merangkumi plbg bidang seperti sosial, ekonomi, undang-undang, sejarah dan sains. Yang lebih mengagumkan ialah pada tahun 1974 satu kod matematik telah dijumpai tersirat di antara ayat-ayat sucinya.

PENEMUAN DR. RASHID KHALIFA.

Dr. Rashid Khalifa (1935-1990), lahir di Egypt dan merupakan seorang doktor dengan Phd dalam bidang kimia. Bapanya seorang pemimpin dari sebuah kumpulan sufi yang mempunyai ribuan pengikut. Dengan mengunakan teknologi komputer, Dr. Rashid telah memasukan isi kandungan Al-Quran ke dalam komputer untuk mencari makna atau kemungkinan yang tersirat di belakang ayat-ayat Al-Quran ini. Hasilnya pada tahun1974 dia telah menjumpai satu corak matematik yang seolah-olah mengawal dan melindungi kesahihan ayat-ayat Al-Quran dengan nombor-nombor yang berkitar pada nombor 19.

FAKTA RINGKAS KOD YANG DITEMUI

Penemuan Dr. Rashid merangkumi dari fakta kod yang paling nyata dan ringkas hinggalah kepada yang lebih kompleks. Antaranya yang ringkas ialah:

1. Ayat pertama (1:1), ‘Bismillah’, terdiri daripada 19 perkataan.
2. Jumlah surah dalam Al-Quran ialah 114 = 19 x 6 .
3. Jumlah ayat dalam Al-Quran ialah 6346 = 19 x 334.(6234 ayat bernombor & 112 ayat tidak (Bismillah) 6234+112= 6346) Perhatikan bahawa 6+3+4+6=19.
4. Bismillah muncul 114 kali, walaupun hilang dari surah 9 (ia muncul semula sebanyak 2 kali dalam surah 27).114=19×6
5. Dari Bismillah yang hilang pada surah 9 hingga ke bismillah ekstra pada surah 27, dengan tepatnya terdapat….19 surah.
6. Surah 96, pertama dalam susunan kronologi terdiri drp 19 ayat.
7. Surah terakhir (surah 110) terdiri drp 19 perkataan.
8. Perkataan Allah yg muncul dlm Al-Quran ialah 2698=19×142.
9. Jumlah perkataan Quran yg disebut ialah 57=19×3.
10. Ayat pertama dlm surah terakhir itu terdiri dari 19 huruf.
11. Jumlah perkataan Esa yg muncul dlm Al-Quran juga 19.

KENAPA 19?

Sebenarnya beberapa kitab asal lain yg diturunkan Allah S.W.T kpd umatnya juga didapati telah dikodkan dgn huruf 19. Kejadian alam juga turut menunjukkan nombor ini. Antaranya matahari, bulan dan bumi berada selari setiap 19 thn, komet Halley melalui sistem solar kita setiap 76 thn=19×4, secara tepat tempoh mengandung ialah 266(19×14) hari atau 38 minggu (19×2). Nombor 19 seolah-olah tanda tangan Allah terhadap ciptaannya. 19 mempunyai nilai matematik yg unik kerana ia adalah no. ganjil dan merupakan gabungan no. pertama(1)dan terakhir (9) yg seolah-olah mengiakan firman Allah s.w.t dlm surah 57 ayat 3 yg bermaksud “Dialah Yang Awal dan Yang Akhir…”. Penemuan kod ini pd Jan,1974(1393 thn Hijrah) bermakna bil. tahun Islam dari turunnya (13 thn sblm hijrah) hingga ke penemuan keajaiban matematik ini (1974)bersamaan dgn 1393+13=1406 thn. Perhatikan juga 1406=19×74. No.19 juga hanya disebut di dlm Quran dlm surah 74. Hubung kait antara 19×74 thn Islam dan 1974 thn solar juga tidak harus diendahkan terutamanya bila no.19 hanya disebut dlm surah 74! Tentunya tidak mungkin ini semua satu kebetulan….. sesungguhnya Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
Wallahualam………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s